22 May
Membina Rangka Karangan

Soalan 

Mutakhir ini, keselamatan kanak-kanak di Malaysia semakin terancam dengan berlakunya kes penculikan dan pembunuhan yang kejam. Tulis satu rencana tentang peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin. 

Tema: Keselamatan Kanak-kanak di Malaysia

Tugasan: Peranan Ibu Bapa

Format: Rencana


PENDAHULUAN

  • Secara purata, sebanyak 4.2 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari.
  • Amat memilukan apabila kanak-kanak yang hilang ditemukan mati dibunuh selepas dirogol.
  • Kes terbaru seorang kanak-kanak perempuan telah diculik dan dibunuh dengan kejam.
  • Seorang insan meragut nyawa anak-anak kecil ini dengan cara paling kejam dan tidak bertamadun.
  • Individu yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan manusia.
  • Di manakah nilai murni masyarakat madani ini?
  • Ibu bapa tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja dan harus memainkan peranan.


ISI-ISI PENTING

Isi 1: Ibu bapa memberikan didikan tentang keselamatan diri.

  • Pengetahuan tentang sesuatu bahaya amat penting untuk menghalang perkara negatif - orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula untuk menarik perhatian kanak-kanak
  • Nasihati anak untuk berkata "tidak" ataupun "jangan ganggu saya" - melatih anak-anak untuk tidak mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali
  • Anak-anak akan bersikap lebih berwaspada
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya
  • Ilmu keselamatan diri sangat signifikan

Isi 2: Ibu bapa memberikan kasih sayang sepenuhnya.

  • Ibu bapa hanya mementingkan diri sendiri dan mengabaikan tangunggjawab
  • Membesarkan anak-anak dengan baik - memberikan keperluan hidup yang mencukupi dan tempat tinggal yang selesa
  • Anak-anak akan sentiasa berada dalam kawalan orang dewasa - anak-anak tidak mudah tertipu oleh orang lain -anak-anak akan lebih sayang terhadap keluarganya
  • Sudah terhantuk, baru terngadah
  • Curahan kasih sayang akan menjamin anak-anak menjaga keselamatan diri

Isi 3: Ibu bapa perlu tahu lokasi anak mereka berada setiap masa

  • Anak-anak masih tidak tahu akan bahaya yang mendatang - ibu bapa merupakan tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya
  • Mendidik anak-anak tentang cara-cara untuk bertindak balas kepada sebarang situasi berbahaya - sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan terbaik untuk anak-anak mereka
  • Berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali - bersikap waswas terhadap orang yang tidak dikenali pada setiap masa
  • Sediakan payung sebelum hujan
  • Prihatin terhadap keselamatan anak-anak

Isi 4: Ibu bapa memastikan anak mereka tidak berseorangan

  • Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan - penjenayah akan mengambil apa-apa kesempatan untuk melakukan jenayah
  • Sentiasa memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka - memakai pakaian bewarna cerah ketika keluar mebeli-belah
  • Keselamatan anak-anak akan lebih terjamin sekiranya mereka didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan
  • Malang tidak berbau, Albert Einstein, "Sungguh sedikit mereka yang melihat dengan mata mereka sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri"
  • Memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka

KESIMPULAN/PENUTUP

  • Keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjab setiap ibu bapa
  • Ibu bapa berperanan penting untuk memastikan anak-anak hidup bahagia, selamat dan terjamin keselematannya - bekerjasama dan mengamalkan sikap susah sama dipikul, ringan sama dijinjing bagi mewujudkan institusi kekeluargaan yang selamat
  • Anak-anak ialah harapan negara yang paling berharga pada masa depan bak mutiara kata pemuda tiang agama, pemudi tiang negara

Sumber: Penulisan Bahasa Melayu SPM


TONTON VIDEO DI BAWAH UNTUK MEMBINA KARANGAN FAKTA YANG LEBIH BAIK:

https://www.youtube.com/watch?v=eGF0zx-UHK0 



Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING